22/06/07,isnin..seramai 6 orang dari muslim aid Malaysia yang terdiri daripada 2 orang staf dan 4orang pelajar praktikal muslim aid telah membuat satu lawatan ke Madrasah anak-anak yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah yang terletak di Selayang. Madrasah tersebut bukan hanya di huni oleh pelajar-pelajar tahfiz, malah menempatkan pelarian rohingya yang berasal dari myanmar. Masalah kemiskinan yang menghimpit mereka menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian untuk mendapatkan tempat dan kehidupan yang lebih baik.
Muslim aid memandang serius akan hal ini. Pihak muslim aid juga telah berbesar hati untuk menyalurkan sumbangan asas kepada golongan ini.antara sumbangan yang diberikan adalah bantuan ubat-ubatan serta keperluan asas yang lain seperti panadol,ubat batuk,balsam,beras,gula,minyak dan banyak lagi.
Kami juga berkesempatan untuk menemubual serta melawat kawasan sekitar madrasah tersebut. Meskipun madrasah itu serba kekurangan, mereka masih mampu beroperasi. Ustaz hafiz menyambut baik kedatangan kami. Segala permasalahan berkaitan madrasah telah di ajukan kepada En.Mohamad yang merupakan wakil Muslim Aid. Pengetua tersebut ada menyatakan masalah berkaitan bekalan air. Beliau juga bercadang untuk membaik pulih keadaan tandas bagi keselesaan semua pihak. Beliau memerlukan rm5000 untuk kos baik pulih tersebut.
Pihak kami amat berharap agar semua pihak turun padang serta membantu mereka. Kami juga amat kagum dengan sikap Ustaz Hafiz yang begitu prihatin akan kebajikan pelajar-pelajar madrasah tersebut. Semoga usaha beliau diberkati oleh Allah s.w.t..
Wednesday, June 24, 2009
pelarian rohingya..
Posted by siku_besi at 3:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment